Perancangan Blogger di Tahun Baru
Pejam celik, pejam celik, kini kita
sudah pun berada di tahun yang baru. Saya percaya ramai di antara anda
yang telah mempunyai perancangan tersendiri dalam memantapkan lagi blog
dan kaerier anda sebagai seorang blogger.
Saya juga seperti anda. Turut mempunyai beberapa perancangan yang ingin saya laksanakan pada tahun ini.
Namun begitu, kebiasaannya seseorang blogger akan mempunyai beberapa perancangan yang lebih kurang sama dengan yang lain. Di antaranya adalah:
1. Menukar design blog – Dulu saya selalu tukar design blog setiap tahun. Kalau tidak pun, sekurang-kurangnya saya akan menukar header blog saya dengan header yang lain. Anda mungkin ada mempunyai perancangan untuk menukar theme blog anda kepada yang lebih ceria dan nampak segar. Tetapi apa yang penting, pastikan theme yang anda gunakan itu ringan dan tidak melambatkan page load.
2. Tukar platform kepada WordPress – Mungkin sekarang ini anda menggunakan platform Blogspot. Selepas membaca artikel saya, Kenapa Saya Menggunakan WordPress? anda pun berminat untuk beralih arah kepada WordPress. Bagi pendapat saya, itu adalah satu langkah yang bijak. Jika dilihat, ramai blogger-blogger yang hebat menggunakan platform WordPress. Jadi tak perlulah anda teragak-agak untuk menukar platform yang sama seperti mereka.
3. Memiliki hosting dan domain sendri – Dulu anda menggunakan hosting percuma seperti Blogspot atau WordPress.com. Mungkin tahun ini anda ingin meningkatkan prestasi blog anda dengan memiliki hosting dan domain anda sendiri. Saya ada menulis sebuah artikel khusus berkenaan perbezaan antara hosting sendiri dan hosting percuma. Jika anda ingin memilki hosting sendiri, saya ucapkan syabas dan tahniah. Itu menunjukkan yang anda betul-betul serius dalam bidang blogging ini. Untuk membeli hosting dan domain, anda boleh langgan dari web hosting saya, Malaysia Web Hosting, dan masukkan promo code, ELF20FIRST, untuk dapatkan diskaun sebanyak 20%.
4. Tukar hosting – Mungkin anda di antara blogger yang kurang bernasib baik kerana blog anda dihostkan pada server yang tidak stabil dan bermasalah. Saya juga pernah mengalami situasi yang sama seperti anda pada tahun 2007. Setiap tahun mungkin dalam 10 kali blog anda down. Ini adalah tidak baik dan sedikit sebanyak akan mengganggu reputasi anda sebagai seorang blogger. Sudah tiba masanya untuk anda beralih kepada pihak hosting yang lain. Terdapat banyak syarikat hosting yang menawarkan perkhidmatan yang terbaik di Malaysia. Salah satunya adalah Elfbytes Web Hosting.
5. Buat peraduan – Ada juga blogger yang merancang untuk buat peraduan di blog mereka. Peraduan seperti ini dapat meningkatkan trafik dan juga dapat menarik ranai pembaca baru ke blog mereka. Tetapi untuk buat peraduan sebegini anda memerlukan komitmen dan pengorbanan yang tinggi. Terutama sekali untuk mencari penaja supaya hadiah yang ditawarkan itu lumayan dan dapat menarik ramai peserta.
6. Menulis ebook – Dulu saudara Aman Firdaus pernah mengeluarkan ebook mengenai WordPress. Tetapi disebabkan WordPress sentiasa dikemaskini dan membawa banyak perubahan dan sebagainya, maka Aman terpaksa berhenti mengedarkan ebook tersebut. Saya juga bercadang untuk mengeluarkan sebuah ebook saya sendiri pada tahun ini. Topik yang akan saya bawakan, rahsia. Tak boleh beritahu anda lagi. Anda perlu tunggu.. Tetapi jka anda berminat untuk menulis ebook, saya galakkan anda membaca ebook, Pakar Ebook yang ditulis oleh saudara Jamaluddin Bahari.
Itu di antara perancangan-perancangan yang kebiasaannya para blogger akan lakukan. Sudah semestinya anda pun ada mempunyai perancangan tersendiri. Walau apapun yang ingin anda lakukan. Saya ucapkan semoga anda berjaya dan dapat melaksanakan perancangan anda itu dengan jayanya.

0 komentar:
Posting Komentar